Berita SemasaLuar Negara

40 maut dalam rempuhan di Maha Kumbh Mela

PRAYAGRAJ – Perayaan Maha Kumbh Mela di sini bertukar tragedi apabila rempuhan orang ramai mengorbankan sekurang-kurangnya 40 nyawa dan mencederakan lebih 60 orang.

Kejadian itu berlaku di tebing Sungai Ganges, Uttar Pradesh, ketika jutaan penganut Hindu berpusu-pusu untuk menjalani ritual mandi suci sempena hari Mauni Amavasya.

Menurut saksi, rempuhan tercetus  erlaku selepas penghadang kawalan runtuh, menyebabkan orang ramai panik dan berasak-asak menuju ke sungai.

“Saya hanya dengar jeritan di mana-mana. Orang ramai bertolak-tolak, ada yang jatuh dan dipijak. Memang menakutkan!” kata seorang jemaah yang terselamat, lapor IndiaExpresse.com

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, manakala Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, mengumumkan pampasan sebanyak Rs 25 lakh (RM126,000) untuk waris mereka yang terkorban.

Sementara itu pihak berkuasa telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden dan langkah keselamatan akan diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Maha Kumbh Mela kali ini menarik lebih 400 juta penganut sepanjang 45 hari perayaannya, menjadikannya perhimpunan keagamaan terbesar di dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button