
40 mangsa banjir masih di PPS Johor, Pahang
KUALA LUMPUR – Seramai 40 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat pukul 8 pagi, menurut laporan terkini pihak berkuasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa di Johor kekal seramai 36 orang daripada 11 keluarga.
Katanya, semua mangsa kini berada di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
“Keadaan paras air di negeri itu mencatatkan perkembangan positif apabila bacaan Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat menunjukkan trend menurun dengan paras 8.68 meter.
“Bagaimanapun, Sungai Paya Dato di Mersing masih berada di paras amaran dengan bacaan 1.50 meter,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir tidak berubah dengan empat orang daripada dua keluarga di daerah Maran masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Sementara itu, berdasarkan semakan melalui portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran mencatatkan bacaan 18.21 meter, melebihi paras amaran dan menunjukkan trend menaik.
Pihak berkuasa terus memantau situasi banjir di kedua-dua negeri itu dan menasihatkan penduduk agar sentiasa peka dengan perkembangan semasa bagi mengelakkan sebarang risiko.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |