BERITA SEMASA

4 individu disiasat sebar hantaran palsu mengenai majlis tilawah al-Quran

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan empat individu berhubung hantaran palsu mengenai penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan al Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut dalam satu kenyataan, penyebaran kandungan palsu tersebut telah didapati daripada akaun Facebook berlainan dan empat individu itu telah disyaki terlibat dalam penyebaran kandungan palsu itu telah dipanggil untuk siasatan.

“Semua data yang dimuat naik oleh individu-individu ini telah direkodkan sebagai bahan bukti untuk siasatan lanjut.

“Pemilik-pemilik akaun media sosial yang terlibat sedang dirakam percakapan berhubung kes yang disiasat. Beberapa lagi individu akan dipanggil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Katanya, menurut akta kesalahan penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, MCMC menggesa orang ramai untuk tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan yang tidak sahih atau palsu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button