
3,500 peserta disasar sertai Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan – KBS
KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan 3,500 orang peserta menyertai Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan.
Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim, kejohanan tersebut merupakan kemuncak kepada Cabaran Sukan Wanita anjuran KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan badan-badan sukan seperti Persatuan Bola Jaring Malaysia, Persatuan Bola Baling Malaysia dan Kelab Bola Tampar Ace.
“Kejohanan diadakan di bawah inisiatif Wanita Dalam Sukan yang telah bermula di peringkat zon dari bulan Julai hingga November tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Adam Adli menyempurnakan Majlis Pembukaan Kejohanan Cabaran Sukan Wanita Peringkat Kebangsaan di Sports Arena UNITEN, Kajang, di sini, hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha KBS, Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Pengarah JBSN, Mohd Azhari Mohammad.
Dalam pada itu, sebanyak empat acara sukan yang akan dipertandingkan iaitu bola jaring, bola baling, bola tampar dan sukan elektronik, Mobile Legends: Bang Bang.
Pemenang setiap acara sukan membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil pada majlis penutup dijadualkan pada 14 Januari 2024, jam 3.00 petang di Sports Arena UNITEN, Kajang.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |