Berita Semasa

337,000 pengguna di Pulau Pinang dijangka alami gangguan air dua hari lepas Aidilfitri

GEORGETOWN – Seramai 337,000 pengguna Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual selama dua hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menurut kenyataan PBAPP, gangguan tersebut akan menjejaskan sebahagian besar pengguna industri di Bayan Lepas, Perai, Bukit Minyak dan Batu Kawan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyambungan akhir paip baharu rentas Sungai Perai (SP-RCP) di Ampang Jajar, Seberang Perai Tengah.

“Gangguan bekalan air pada 25 April itu adalah bagi melengkapkan sambungan akhir paip baharu bernilai RM8.7 juta yang berdiameter 1.35 meter.

“Apabila siap, ia mampu menyokong kapasiti pengepaman maksimum sebanyak 247 juta liter sehari (MLD),” katanya memetik laporan FMT.

PBAPP memaklumkan bahawa projek itu penting bagi memastikan penghantaran air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Dua ke bahagian tanah besar dan Pulau Pinang dapat dilakukan dengan lebih selamat dan cekap.

Sehingga 1 Februari, projek penyambungan paip ini telah mencapai 70 peratus kemajuan dan berjalan mengikut jadual.

PBAPP turut memberi jaminan bahawa peta kawasan terjejas, kemas kini kerja-kerja tapak, serta peringatan kepada pengguna akan disediakan menjelang tarikh gangguan bekalan air.

“Tarikh dan masa gangguan air yang tepat akan diumumkan lebih lanjut, tertakluk kepada penyelesaian kerja-kerja persediaan di tapak projek,” tambah kenyataan itu.

PBAPP menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan menghadapi gangguan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button