BERITA SEMASALUAR NEGARA

32 maut akibat hujan lebat, banjir kilat di Pakistan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 32 orang maut akibat hujan lebat dan banjir kilat yang melanda seluruh Pakistan sejak permulaan musim monsun awal minggu ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, dalam tempoh 36 jam lalu sahaja, bencana banjir kilat dan runtuhan bumbung telah meragut 19 nyawa, termasuk lapan kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, 13 kematian dilaporkan berlaku di Lembah Swat,” katanya lapor Al Jazeera hari ini.

Baca juga : Banjir bukan hanya fenomena alam, tapi kesan perbuatan manusia sendiri

Sementara itu, sekurang-kurangnya 13 lagi mangsa terkorban di wilayah timur Punjab sejak Rabu lalu, menurut kenyataan agensi bencana wilayah berkenaan.

Lapan daripada mangsa merupakan kanak-kanak yang maut akibat runtuhan dinding dan bumbung rumah yang tidak dapat menampung curahan hujan yang berterusan.

Pihak berkuasa turut memaklumkan risiko banjir kilat kekal tinggi, susulan amaran dikeluarkan oleh perkhidmatan meteorologi negara yang menjangkakan hujan lebat akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga Selasa depan.

Di Khyber Pakhtunkhwa, sebanyak 56 buah rumah dilaporkan rosak akibat bencana tersebut, dengan enam daripadanya musnah sepenuhnya.

Pakistan merupakan antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, dengan lebih 240 juta penduduknya kini berhadapan kejadian cuaca ekstrem yang semakin kerap berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button