BERITA SEMASA

3 remaja lelaki diculik, dibogelkan sekumpulan 10 lelaki

JOHOR BAHRU – Tiga remaja yang diculik oleh 10 lelaki di sebuah pasar raya di Skudai di sini pada malam Sabtu lalu mendakwa mereka turut dipukul dan dirakam dalam keadaan berbogel oleh suspek.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, ketiga-tiga mangsa lelaki itu dikatakan telah dipaksa menaiki tiga buah kereta oleh sekumpulan lelaki termasuk seorang yang dikenali mangsa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa dilarikan ke satu lokasi yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa telah dipukul dan dirakam gambar bogel. Suspek turut mengugut akan menyebarkan gambar sekiranya kejadian itu terbongkar.

“Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama barang peribadi milik mangsa dan meninggalkan ketiga-tiga remaja lelaki itu di lokasi sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan laporan yang diterima daripada mangsa pada pagi semalam, pihak polis berjaya menahan empat lelaki berusia antara 15 gingga 20 tahun pada pukul 8 malam hari yang sama.

“Keempat-empat suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 20 Jun ini untuk membantu siasatan,”katanya.

Kes disiasat menyiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik, Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button