BERITA SEMASA

3 daerah di Johor dilanda banjir akibat hujan berterusan

JOHOR BAHRU – Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan tiga daerah iaitu Johor Bahru, Kulai dan Pontian mula dilanda banjir.

Setakat pagi ini, 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dengan enam di Johor Bahru serta masing-masing dua di Kulai dan Pontian, berbanding hanya tiga PPS dibuka pada pukul 9 malam tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani, setakat ini 893 mangsa terdiri daripada 257 keluarga sudah dipindahkan ke PPS terbabit.

“Johor Bahru setakat ini yang teruk terjejas dengan 567 mangsa daripada 165 keluarga dipindahkan ke PPS, diikuti Kulai dengan merekodkan 269 mangsa daripada 76 keluarga.

“Pontian pula mencatatkan jumlah 57 mangsa daripada 16 keluarga, yang juga penduduk Kampung Paya Embun, Kampung Pak Karib, Kampung Melayu Raya, Kampung Seri Meranti dan Kampung Parit Sikom yang kini dipindahkan ke PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di enam daerah di negeri ini.

Amaran hujan lebat berterusan itu membabitkan daerah Johor Bahru, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Kota Tinggi yang dijangka berlaku sehingga esok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button