284 jemaah haji pertama negara berlepas ke Tanah Suci
SEPANG – Seramai 284 jemaah haji daripada kumpulan pertama (KT001) berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Madinah, Arab Saudi, awal pagi ini.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Tabung Haji, penerbangan khas menaiki pesawat MH8050 itu berlepas pada jam 4.12 pagi dan dijadualkan tiba di Madinah pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.
Kumpulan bakal memulakan perjalanan bergelar dhuyufurrahman bagi Musim Haji 1446H/2025M tahun ini.
Majlis pelepasan KT001 disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
“Semoga segala urusan jemaah sepanjang perjalanan dan ibadah di Tanah Suci dipermudahkan Allah SWT,” menurut kenyataan itu.
Bagi musim haji tahun ini, kerajaan Arab Saudi telah meluluskan kuota rasmi sebanyak 31,600 jemaah haji untuk Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






