BERITA SEMASALUAR NEGARA

26 pelancong maut dalam serangan di Kashmir

SRINAGAR – Seramai 26 pelancong maut manakala 36 lagi cedera dalam serangan tembakan sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan peranginan Kashmir yang dikuasai pihak India, semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan padang rumput Baisaran, sebuah destinasi popular yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar peranginan Pahalgam.

Kawasan yang dikelilingi gunung bersalji dan hutan pain itu berubah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai apabila pelancong diserang secara tiba-tiba.

Menurut sumber keselamatan, empat lelaki bersenjata dipercayai anggota militan melepaskan tembakan rambang dari jarak dekat ke arah para pelancong dan sebahagian besar mangsa merupakan warga India.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa operasi besar-besaran kini sedang dijalankan bagi menjejak dan menahan pelaku serangan tersebut namun belum ada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan pengecut dan berikrar mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman paling berat.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan. Serangan terhadap orang awam tidak boleh diterima sama sekali,” katanya menurut laporan berita tempatan.

Ketua pembangkang India, Rahul Gandhi, menyelar kerajaan pimpinan Narendra Modi kerana gagal memastikan keselamatan awam di kawasan yang dikatakan sebagai tempat selamat dan stabil.

“Sudah tiba masa kerajaan berhenti memberi gambaran palsu tentang ‘normalisasi’ di Kashmir dan sebaliknya memfokuskan kepada perlindungan nyawa rakyat,” ujarnya.

Tokoh agama dan pemimpin masyarakat Kashmir, Mirwaiz Umar Farooq turut mengutuk insiden itu, menyifatkannya sebagai bertentangan dengan budaya masyarakat Kashmir yang menyambut tetamu dengan keramahan.

Pemimpin-pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden Rusia, Vladimir Putin; serta Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni masing-masing mengecam tindakan tersebut dan menyatakan solidariti bersama India.

Wilayah Kashmir telah lama menjadi titik panas antara India dan Pakistan yang kedua-duanya menuntut hak ke atas keseluruhan wilayah tersebut.

Sejak gerakan militan bersenjata bermula pada tahun 1989, ribuan nyawa telah terkorban, terdiri daripada orang awam, anggota tentera dan pemberontak.sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan peranginan Kashmir yang dikuasai pihak India, semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan padang rumput Baisaran, sebuah destinasi popular yang terletak kira-kira lima kilometer dari bandar peranginan Pahalgam.

Kawasan yang dikelilingi gunung bersalji dan hutan pain itu berubah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai apabila pelancong diserang secara tiba-tiba.

Menurut sumber keselamatan, empat lelaki bersenjata dipercayai anggota militan melepaskan tembakan rambang dari jarak dekat ke arah para pelancong dan sebahagian besar mangsa merupakan warga India.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa operasi besar-besaran kini sedang dijalankan bagi menjejak dan menahan pelaku serangan tersebut namun belum ada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah, menyifatkan serangan itu sebagai satu tindakan pengecut dan berikrar mereka yang bertanggungjawab akan menerima hukuman paling berat.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan. Serangan terhadap orang awam tidak boleh diterima sama sekali,” katanya menurut laporan berita tempatan.

Ketua pembangkang India, Rahul Gandhi, menyelar kerajaan pimpinan Narendra Modi kerana gagal memastikan keselamatan awam di kawasan yang dikatakan sebagai tempat selamat dan stabil.

“Sudah tiba masa kerajaan berhenti memberi gambaran palsu tentang ‘normalisasi’ di Kashmir dan sebaliknya memfokuskan kepada perlindungan nyawa rakyat,” ujarnya.

Tokoh agama dan pemimpin masyarakat Kashmir, Mirwaiz Umar Farooq turut mengutuk insiden itu, menyifatkannya sebagai bertentangan dengan budaya masyarakat Kashmir yang menyambut tetamu dengan keramahan.

Pemimpin-pemimpin dunia seperti Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; Presiden Rusia, Vladimir Putin; serta Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni masing-masing mengecam tindakan tersebut dan menyatakan solidariti bersama India.

Wilayah Kashmir telah lama menjadi titik panas antara India dan Pakistan yang kedua-duanya menuntut hak ke atas keseluruhan wilayah tersebut.

Sejak gerakan militan bersenjata bermula pada tahun 1989, ribuan nyawa telah terkorban, terdiri daripada orang awam, anggota tentera dan pemberontak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button