Berita Semasa

2,208 penjawat awam ditahan kes rasuah sejak 2020 – Azalina

KUALA LUMPUR – Seramai 2,208 penjawat awam ditahan kerana didakwa terlibat dengan rasuah sejak 2020 hingga tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, daripada jumlah itu, 1,070 daripada mereka dituduh dengan 493 sudah disabitkan kesalahan.

Tambahnya, sepanjang tempoh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka 725 kertas risikan, 3,765 kertas penyiasatan awam dan 2,265 kertas siasatan terhadap dakwaan rasuah membabitkan penjawat awam.

“Ia hasil daripada 11,139 maklumat berunsur rasuah membabitkan penjawat awam yang diterima SPRM,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.

Azalina berkata demikian bagi menjawab soalan V. Sivakumar (PH-Batu Gajah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan keberkesanan dasar antirasuah dalam perkhidmatan awam, termasuk statistik terkini mengenai siasatan SPRM.

Bagi mengekang aktiviti rasuah, kata Azalina lagi 81 pegawai SPRM ditempatkan di Unit Integriti Awam (UI) dan Unit Integriti dan Governans (IGU) di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (SBK) sehingga 31 Disember lalu.

Katanya, SPRM turut melucut hak RM140 juta nilai aset tahun lalu, melalui proses siasatan, pendakwaan dan tindakan undang-undang berkesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button