BERITA SEMASALUAR NEGARA

22 ditahan susulan bantahan persembahan penyanyi tentera Israel di Amsterdam

THE HAGUE – Polis Belanda memaklumkan seramai 22 individu ditahan susulan rusuhan penunjuk perasaan di luar sebuah dewan konsert di Amsterdam yang menjadi lokasi persembahan penyanyi tentera Israel (IDF), semalam.

Dalam bantahan itu, ratusan orang berkumpul berhampiran dewan konsert terkenal, Concertgebouw, pada waktu petang bagi membantah persembahan Shai Abramson, artis yang merupakan anggota berpangkat dalam IDF.

Menurut kenyataan polis, pihak berkuasa terpaksa campur tangan beberapa kali bagi memastikan penunjuk perasaan berada pada jarak selamat dan mengekalkan ketenteraman awam.

“Polis rusuhan dilapor menggunakan baton selepas penunjuk perasaan melepaskan bom asap.

“Pihak berkuasa turut memaklumkan seorang anggota polis mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan,” lapor media tempatan.

Selain itu, polis menahan 22 individu atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar peraturan perhimpunan awam, memiliki bahan bunga api dan melawan penahanan oleh pihak berkuasa.

Shai Abramson dijadualkan mengetuai konsert awam tahunan Hanukkah anjuran Concertgebouw pada petang semalam.

Dewan Concertgebouw yang menjadi lokasi persembahan Shai Abramson sempena sambutan Hanukkah di Amsterdam semalam.

Bagaimanapun, rancangan tersebut mencetuskan bantahan orang ramai berikutan kaitannya dengan tentera Israel, yang menerima kecaman antarabangsa susulan perang di Gaza.

Penyanyi itu dikaitkan secara institusi dengan tentera Israel, menyebabkan kehadirannya di acara awam sering dilihat sebagai simbol politik dan ketenteraan, bukan semata-mata kebudayaan atau persembahan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button