21 GGK, Timbalan Setia Johor laksana eksesais bersama mulai esok hingga 11 Mei
KUALA LUMPUR – Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) memaklumkan pasukan 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor akan melaksanakan siri eksesais ketenteraan bermula esok hingga 11 Mei.
Menurut Markas TDM dalam satu kenyataan hari ini, latihan tersebut akan dilaksanakan di sekitar Pengerang, Tanjung Pengelih, Teluk Ramunia dan Desaru di Johor.
“Eksesais itu akan melibatkan pelbagai aset ketenteraan, pergerakan kenderaan taktikal, penerbangan helikopter serta beberapa elemen letupan.
“Sehubungan dengan itu, penduduk setempat dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak panik serta mematuhi semua arahan keselamatan sepanjang tempoh eksesais dilaksanakan,” kata kenyataan itu.
Sebagai langkah keselamatan, sekatan jalan raya dan titik kawalan lalu lintas akan turut dilaksanakan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di beberapa lokasi seperti berikut:
1) 1 hingga 9 Mei 2025 – Sekitar Teluk Ramunia
2) 10 Mei 2025 – Sekitar Jambatan Sungai Johor dan Desaru Coast Ferry Terminal.
3) 11 Mei 2025 – Penutupan jalan sementara di Lebuhraya E22 bermula jam 1.00 pagi hingga 3.00 pagi.
Kenyataan itu turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih mengenai eksesais berkenaan.
“Eksesais itu adalah sebahagian daripada kesiapsiagaan TDM dalam menghadapi sebarang kemungkinan ancaman keganasan terhadap kedaulatan negara,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




