Kurang 20 jam sebelum flotila sampai ke zon kuning
KUALA LUMPUR – Misi kemanusiaan Flotila Sumud Global (GSF) yang membawa bantuan ke Semenanjung Gaza kini semakin hampir ke zon kuning apabila dijangka tiba dalam tempoh kurang 20 jam lagi.
“Kurang lebih 20 jam sebelum sampai ke zon kuning. Terus sumud,” kata seorang sukarelawan, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat, menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Dalam hantaran berasingan, beliau turut mengajak umat Islam khususnya yang berpuasa pada hari ini untuk memanjatkan doa agar kapal serta semua peserta misi berkenaan selamat tiba di destinasi.
“Kepada semua yang berpuasa Isnin, masa nak berbuka nanti, panjatkan doa agar kapal berlabuh di Gaza, semua delegasi selamat daripada kecederaan dan pulang ke negara masing-masing,” katanya.
Menurut laporan Anadolu Ajansi, flotila berkenaan yang membawa bantuan kemanusiaan berupa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan dijangka tiba di Gaza esok.
GSF disertai sukarelawan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat. Semua sukarelawan Malaysia menyertai misi itu di bawah panji Sumud Nusantara yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Untuk rekod, seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal yang menyertai flotila tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








