163 dokumen kenderaan dikeluarkan percuma kepada mangsa kebakaran di Putra Heights
PUTRAJAYA – Sebanyak 163 gantian dokumen kenderaan secara percuma sudah dikeluarkan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, JPJ Selangor membuka Kaunter Bergerak JPJ Mobile di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memudahkan mangsa kebakaran mendapatkan gantian dokumen penting berkaitan kenderaan secara percuma.
Katanya dalam satu kenyataan hari ini, kaunter tersebut turut menawarkan perkhidmatan cetakan gantian dokumen Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC), Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM), Lesen Vokasional (GDL / PSV) secara percuma kepada mangsa.
“Sebanyak 114 gantian VOC dikeluarkan, CDL (28), LKM (17) dan GDL (4) dengan jumlah keseluruhan 163 gantian.
“JPJ juga telah menerima sebanyak 19 permohonan untuk urusan pembaharuan CDL dan sebanyak 58 khidmat nasihat kepada mangsa kebakaran di Putra Heights berkaitan insurans kenderaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambahnya, Kaunter Bergerak JPJ Mobile berkenaan sudah beroperasi sejak Khamis lalu hingga semalam.
“Inisiatif ini adalah untuk meringankan beban dan memudahkan mangsa yang kehilangan dokumen kenderaan dengan menggantikan dokumen pengangkutan yang musnah atau hilang secara percuma tanpa perlu membuat laporan polis,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








