BERITA SEMASA

135,000 penagih dadah direkodkan setiap tahun, kekal jadi masalah keselamatan utama negara – Saifuddin

PUTRAJAYA – Isu penagihan dadah dalam kalangan rakyat negara ini terus menjadi masalah keselamatan yang perlu diberi perhatian utama oleh kerajaan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana secara purata terdapat seramai 135,000 orang penagih dadah yang direkodkan setiap tahun.

Malah katanya, berdasarkan data, sebanyak 68 peratus daripada penghuni penjara terkait dengan masalah dadah sama ada di bawah Akta Dadah Berbahaya atau akta lain.

“Setiap tahun seramai 135,000 penagih dadah yang kita uruskan melalui empat sumber iaitu narkotik, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Situasi ini kita kena uruskan kerana boleh jadi masalah kepada masyarakat, trend jenayah dan kesesakan dalam penjara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis penutup Persidangan Keselamatan Dalam Negara 2024 di sini, hari ini.

Pada persidangan keselamatan julung kali itu, 800 peserta mengangkat jenayah dadah dan substan sebagai resolusi dan isu utama yang perlu ditangani segera oleh kerajaan.

Mengulas lanjut mengenai resolusi untuk mengubal akta penagihan dadah, katanya, terlebih dahulu satu anjakan akan dibuat bagi mengatasi isu itu.

“Pertama buat anjakan, bukan lagi dilihat sebagai penagih tapi pesakit yang perlu dirawat dan dipulihkan, kita nyahkan jenayah.

“Namun 12(2) kita kekalkan masih sebagai jenayah dan 15(1) pun kekalkan. Untuk yang pilih pulih secara sukarela tiada lagi rekod jenayah,” katanya.

Sementara itu beliau turut mengesahkan isu integriti turut dibincangkan pada persidangan berkenaan melibatkan 800 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang dan cabang keselamatan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button