
133 orang menangi hadiah Bonanza Cukai Taksiran DBKL 2024
KUALA LUMPUR – Seramai 133 orang pembayar cukai taksiran di wilayah ini berjaya memenangi hadiah pertandingan Bonanza Cukai Taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tahun 2024.
DBKL dalam kenyataannya berkata, penganjuran Bonanza Cukai Taksiran DBKL 2024 merupakan salah satu cara pihaknya menghargai pemilik harta yang membayar cukai taksiran dan tidak mempunyai sebarang tunggakan.
“Ia juga sebagai tarikan kepada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan untuk menjelaskan cukai taksiran mereka.
“Kereta, motorsikal, basikal elektrik, tablet, dinar emas serta pelbagai barangan elektrik merupakan antara hadiah yang ditawarkan dengan anggaran keseluruhan hadiah bernilai RM 390,000,” kata kenyataan itu.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi, Ismadi Sakirin dalam satu majlis yang diadakan di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, semalam.
Pemenang telah dipilih melalui sesi cabutan yang telah disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi DBKL pada 21 Mac lalu.
Kata DBKL lagi, mereka mengucapkan terima kasih kepada semua pemilik harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah memberi komitmen untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran pada setiap tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







