BERITA SEMASA

13 rakyat Malaysia masih berada di Iran – Mohamad

PUTRAJAYA – Seramai 13 rakyat Malaysia dengan lima daripadanya pelajar masih berada di Iran.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika mengesahkan perkara itu berkata, baki yang masih tinggal adalah enam yang menetap di Iran, selain masing-masing seorang rakyat Malaysia yang bekerja dan seorang pelancong di negara itu, lapor BH Online.

Belai berkata, seorang warga Iran yang memegang status Pemastautin Tetap (PR) Malaysia juga membuat keputusan untuk terus kekal berada di negara bergolak itu.

Tambahnya, setakat semalam, tiga rakyat Malaysia yang ingin dibawa keluar menukar fikiran pada saat akhir dan memilih untuk kekal berada di Iran.

“Seramai 24 orang berjaya memasuki pintu sempadan ke Turkmenistan pukul 9.20 malam waktu tempatan, semalam.

“Mereka terdiri 17 orang rakyat kita iaitu sembilan kakitangan HBS (home based staff) dan keluarga iaitu seramai lapan orang.

“Warga Iran pula seramai enam orang iaitu lima daripada mereka adalah tanggungan kepada rakyat Malaysia kita dan seorang warganegara Iran yang mempunyai PR (Penduduk Tetap) Malaysia. Seorang rakyat Singapura juga dibawa keluar dalam misi ini,” katanya dalam laporan tersebut.

Mohamad menjelaskan, misi itu bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat bagi menaiki penerbangan T5-647 ke Bangkok pukul 4.20 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Minggu lalu, Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan sebagai berkata, rakyat Malaysia yang berada di Iran dijangka dipindahkan keluar dengan bantuan kerajaan seawal Jumaat susulan tindakan agresif rejim Zionis terhadap Iran yang menyebabkan ketegangan ketara di rantau berkenaan.

Semalam, Mohamad juga mengarahkan Kedutaan Malaysia menutup sementara operasinya di Iran.

Beliau sekali gus mengarahkan semua warga Kedutaan Malaysia di negara sedang bergolak itu supaya pulang ke tanah air dengan segera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button