
12 penumpang keretapi maut ketika panik kebakaran
MAHARASHTA – Sekurang-kurangnya 12 penumpang keretapi maut selepas digilis sebuah keretapi lain di landasan bersebelahan ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran yang berlaku di dalam gerabak.
Kejadian tragis itu berlaku berhampiran stesen kereta api Pardhade, kira-kira 410 kilometer timur laut Mumbai, lapor Press Trust of India.
Insiden bermula apabila beberapa penumpang kereta api Pushpak Express menarik rantai kecemasan setelah melihat percikan api dalam salah satu gerabak, yang dipercayai berpunca daripada ‘hot axle’ atau ‘brake-binding’.
Penumpang yang panik dengan kejadian itu kemudian melompat keluar ke landasan dan dirempuh oleh keretapi Karnataka Express di landasan sebelah.
Selain 12 mangsa yang terkorban, sekurang-kurangnya enam penumpang lain mengalami kecederaan, kata jurcakap keretapi, Swapnil Nila.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian ini.
Insiden terbaru itu terus mencetuskan kebimbangan orang ramai terhadap tahap keselamatan dalam rangkaian keretapi India.
Perdana Menteri India, Narendra Modi sebelum ini berjanji melalui kerajaannya untuk melakukan penambahbaikan terhadap infrastruktur yang diwarisi dari zaman kolonial Inggeris tersebut.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |