BERITA SEMASALUAR NEGARA

11 maut dalam bangunan runtuh di New Delhi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 11 orang maut manakala 11 lagi cedera dalam insiden bangunan kediaman empat tingkat runtuh di Mustafabad, kawasan pinggir timur laut New Delhi, India, pada awal pagi semalam.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 3 pagi di kawasan yang padat dengan penduduk.

Seorang pegawai daripada Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) menggambarkan kejadian itu sebagai “runtuhan lapis ke lapis”, di mana setiap tingkat bangunan runtuh terus ke atas tingkat di bawahnya.

“Kami sangka mungkin ada sesuatu melanggar rumah kami, tetapi apabila menjenguk keluar, seluruh bangunan di sebelah sudah menjadi timbunan runtuhan,” kata seorang jiran dipetik dalam laporan media tempatan.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang. Semoga mereka yang cedera cepat sembuh,” katanya menerusi platform X.

Presiden India, Droupadi Murmu dalam satu kenyataan meluahkan rasa dukacita atas kehilangan nyawa, termasuk wanita dan kanak-kanak, dalam tragedi yang berlaku hanya 20 kilometer dari kediaman rasminya.

Punca kejadian masih dalam siasatan, bagaimanapun kejadian seperti itu kerap berlaku di India, terutamanya melibatkan bangunan haram yang sering dijadikan tempat tinggal pekerja migran di bandar-bandar besar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button