BERITA SEMASA

1,000 veteran ATM Negeri Sembilan, Melaka terima PJM

AYER KEROH – Seramai 1,000 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk anggota, balu serta waris veteran dari Melaka dan Negeri Sembilan, menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, penganugerahan itu merupakan tanda penghargaan atas keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera yang setia melaksanakan tanggungjawab mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

“Ia juga mencerminkan pengiktirafan masyarakat terhadap jasa para pahlawan yang memungkinkan negara menikmati keamanan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Baca juga : Semakan kemasukan PLKN 3.0

Terdahulu, Adly menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Setakat Mac lalu, seramai 48,346 warga veteran ATM yang memenuhi syarat telah menerima PJM sejak penganugerahan itu dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM pada Mac 2004.

Dalam ucapannya, Adly berkata, pengiktirafan kerajaan terhadap para veteran tidak bernoktahkan PJM semata-mata, malah kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa memberikan perhatian kepada program yang memberi manfaat kepada komuniti veteran.

“Selaras dengan hasrat tersebut JHEV telah diperuntukkan dengan sebanyak RM266 juta pada tahun 2024 dan dipertingkatkan lagi kepada RM280 juta pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui MINDEF telah melaksanakan kadar baharu faedah hilang upaya yang mula dilaksanakan pada Januari tahun ini.

Katanya, sebelum ini, pencen hilang upaya hanya diberikan kepada veteran yang tercedera pada tahap kecederaan 20 peratus ke atas, manakala kecederaan 1 hingga 19 peratus hanya diberikan sumbangan ‘one off’ di bawah ganjaran hilang upaya.

“Di bawah penambahbaikkan ini secara one off telah dimansuhkan sebaliknya pencen hilang upaya diberikan kepada semua tahap kecederaan berdasarkan kadar bulanan yang lebih baik.

“Dalam pelajaran anak-anak penerima pencen hilang upaya juga turut dinaikkan daripada RM250 hingga RM685 setahun namun kadar ini telah dinaikkan daripada mininum RM1600 hingga RM5400 setahun mengikut tahap pendidikan anak-anak,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button