BERITA SEMASADALAM NEGERI

10 penyelam Maritim Malaysia terlibat program bersihkan ‘pukat hantu’ di dasar laut

LUMUT – Seramai 10 orang penyelamat penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terlibat dalam program Pulau Sembilan-Project Ghostnet 2024 anjuran Perbadanan Taman Negeri Perak di perairan negeri Perak, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, program melibatkan Skuadron Selam Maritim Negeri Perak itu membabitkan aktiviti pembersihan pukat di kawasan Pulau Buloh dan Pulau Batu Putih.

“Sebuah bot peronda yang membawa 10 orang penyelam penyelamat Maritim Negeri Perak telah terlibat dalam program ini bagi membuang ‘pukat hantu’ yang menjadi ancaman kepada haiwan marin di dasar laut.

“Aktiviti pembersihan dasar laut ini dijalankan bersama para penyelam profesional dari agensi swasta di bawah kelolaan Nature & Oceanoagraphy Advocate Society (NOAS),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyelam skuba memotong jaring pukat hantu di dasar laut.

Kesemua pukat yang berjaya dikumpul dibawa ke Jeti Yatch Club, Lumut untuk proses pelupusan seterusnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button