BERITA SEMASA

10 negeri dijangak alami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri pada malam ini.

Menurut MetMalaysia antara kawasan terlibat ialah di seluruh Perlis dan Pulau Pinang.

Katanya, di Kedah pula melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar. Di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Di Terengganu pula di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Kemaman manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin,” katanya dalam satu kenyataan

Sementara itu katanya, turut terlibat ialah Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Sarawak di Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang

Turut terlibat katanya, Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button