BERITA SEMASA

10 kawasan berdepan cuaca panas cecah 37 darjah Celcius

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu iaitu berjaga-jaga di 10 kawasan.

Menurutnya dalam satu kenyataan, cuaca panas itu melibatkan lapan kawasan di Semenanjung dan dua lagi di Sabah serta Sarawak.

“Lapan kawasan di Semenanjung itu ialah Hulu Perak, Perak; Besut, Terengganu; Pendang dan Baling, Kedah; Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah serta Pasir Mas, Kelantan,” kayanya.

Dalam pada itu, menurut kenyataan tersebut, kawasan Kinabatangan, Sabah dan Mukah, Sarawak juga antara lokasi yang berada pada tahap satu.

“Tahap berjaga-jaga bermaksud suhu maksimum harian berada pada 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata kenyataan semalam.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button