
Berbuka rasa masakan kampung, Banglo 289 jadi ‘ubat rindu’ perantau di kota
KUALA LUMPUR – Di sebalik kesibukan hidup di bandar, detik berbuka puasa menjadi saat paling dinanti untuk mengubat rindu terhadap masakan kampung dan suasana kekeluargaan.

Bagi Noor Herdawaty Zakaria, 47, pengalaman berbuka puasa di Banglo 289 sentiasa membawa kembali kenangan rasa masakan air tangan ibu yang sukar ditemui di kota.

“Saya memang pelanggan tetap Banglo 289, sama ada di Kuala Lumpur atau di IOI City Mall Putrajaya. Apa yang saya suka, makanannya memang autentik,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
@malaysiatribuneDi sebalik kesibukan hidup di bandar, detik berbuka puasa menjadi saat paling dinanti untuk mengubat rindu terhadap masakan kampung dan suasana kekeluargaan. #malaysiatribune #masakankampung #citarasa #videoreelsシ #trending
Naib Presiden Strategi sebuah syarikat penyelesaian digital yang berasal dari Cyberjaya itu berkata, hidangan yang disajikan bukan sekadar memenuhi selera, malah mencerminkan kepelbagaian masakan Melayu dari seluruh negara.
“Masak Lemak Daging Salai, Masak Lemak Itik, Patin Tempoyak rasanya memang tak lari daripada masakan tangan ibu sendiri,” katanya lagi.

Menurut Herdawaty, suasana restoran yang santai serta hidangan tradisional yang dimasak segar menjadikan Banglo 289 sebagai pilihan sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Saya memang sarankan orang ramai cuba berbuka puasa di sini. Ia bukan sekadar makan, tetapi satu pengalaman,” katanya lagi.

Pandangan sama dikongsi Fatimah Az-Zahra Saiful Efendy, 24, yang menyifatkan Banglo 289 sebagai tempat mengubat rindu buat perantau, khususnya anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur.
“Masakan di sini dimasak segar, macam masakan mak-mak dan nenek di kampung.

“Untuk perantau yang rindukan kampung, tempat ini memang sesuai,” katanya lagi.
Bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, Zahra berkata, hidangan laut segar menjadi antara tarikan utama buat dirinya.
“Antara menu yang paling saya suka ialah mentarang yang dimasak segar dan ketam masak lemak. Rasa dia memang sedap,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri berkata, pelanggan berpeluang menikmati tawaran tempahan awal dengan diskaun sehingga 20 peratus, tertakluk kepada terma dan tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya, tawaran itu bertujuan memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati pengalaman berbuka puasa dengan hidangan masakan Melayu tradisional pada harga lebih berpatutan.

Bufet Ramadan Banglo 289 ditawarkan di tiga cawangan utama iaitu di Jalan Raja Chulan, Elmina Lakeside Mall Shah Alam dan IOI City Mall Putrajaya sepanjang bulan Ramadan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








