BERITA SEMASA

Belanjawan 2024: Pertambahan aset baharu untuk Maritim Malaysia tepat pada masanya

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan penambahan sebanyak sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas kepada agensi tersebut.

Aset yang bakal ditambah ini merupakan usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan sempadan dan perairan negara bagi mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan di pintu-pintu masuk antarabangsa.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, pengumuman berkenaan adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang memberikan justifikasi yang kukuh tentang keperluan mendesak agensi ini kepada pihak kerajaan.

“Penambahan aset ini adalah tepat pada masanya kerana keupayaan aset Maritim Malaysia yang ada ketika ini tidak mencukupi untuk berdepan dengan tugas yang makin mencabar termasuk menjaga keselamatan di kawasan sempadan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Parlimen hari ini Anwar mengumumkan perolehan baharu berupa sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas kepada agensi tersebut.

Related Articles
Datuk Saiful Lizan

Dalam pada itu, Saiful Lizan berkata, aset seperti bot dan kapal sedia ada telah usang dan ianya sukar diselenggarakan dengan baik yang boleh mengakibatkan kerosakan lebih besar selain bakal mengundang risiko terhadap keselamatan pegawai serta anggota yang bertugas.

Beliau berharap melalui peruntukan Belanjawan Madani yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ ini, dapat melengkapi keperluan agensi secara berfasa seterusnya menambahkan kepercayaan masyarakat tentang keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button