BERITA SEMASA

Bekas Mufti Johor dinamakan Tokoh Utama Maal Hijrah

KUALA LUMPUR – Bekas Mufti Johor, Datuk Dr Nooh Gadot hari ini diumumkan sebagai Tokoh Utama Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M.

Anugerah tersebut disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sempena sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

Selain itu, Menteri Haji dan Umrah kerajaan Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Muhammed Al-Rabiah turut diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan anugerah, termasuk wang tunai, trofi dan sijil penghargaan kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk, Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Pemilihan kedua-dua tokoh tersebut dibuat berdasarkan jasa besar mereka dalam memartabatkan pembangunan ummah serta menyebarluaskan syiar Islam, selain meraih pengiktirafan dan penerimaan meluas daripada masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kedua-duanya turut dikenali sebagai individu berilmu, berpengalaman luas serta memiliki keperibadian mulia yang wajar dijadikan teladan oleh masyarakat.

Sambutan bertemakan ‘Membangun Ummah MADANI’ itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian rohani termasuk bacaan doa akhir dan awal tahun termasuk ceramah khas Maal Hijrah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button