Banjir Sabah: 5,191 mangsa dipindahkan ke PPS, Tawau daerah terbaharu terjejas
KOTA KINABALU – Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 5,191 orang setakat pukul 8 pagi hari ini, dengan Tawau menjadi daerah terbaharu dilanda bencana itu.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (JPBN), seramai 245 penduduk di Tawau dipindahkan ke PPS di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau selepas beberapa kawasan dinaiki air akibat hujan berterusan sejak malam semalam.
Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan banjir kilat melanda beberapa lokasi di daerah berkenaan.
BACA JUGA:
Banjir Sabah: Semua agensi kerajaan digerakkan, bantuan disegerakan – TPM
Antara kawasan terjejas termasuk Kampung Tanjung Batu Keramat, Kampung Baru, Kampung Rawa-Rawa, Kampung Ranggu, Taman Fujimart, Taman Setia, Jalan Shin Onn dan Jalan Takada.
Beberapa video dan gambar keadaan banjir turut tular di media sosial, memaparkan air mengalir deras di beberapa laluan utama sekitar Tawau.
Selain Tawau, empat lagi daerah yang terjejas ialah Kota Marudu dengan 1,929 mangsa, Pitas (2,120), Paitan (847) dan Kota Belud (50).
Pihak berkuasa memantau rapi perkembangan cuaca dan paras air dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin, selain menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan sekiranya keadaan memerlukan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








