BERITA SEMASAPMX

Anwar seru ASEAN perkukuh kerjasama demi potensi ekonomi serantau

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru negara-negara ASEAN agar memperkukuh perdagangan dan kerjasama serantau dalam usaha membuka sepenuhnya potensi ekonomi Asia Tenggara.

Beliau berkata, tumpuan utama perlu diberikan kepada bidang pendigitalan, kesalinghubungan dan keselamatan maritim sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

Perdana Menteri menyeru negara-negara ASEAN agar memperkukuh perdagangan dan kerjasama serantau demi potensi ekonomi blok tersebut.

“Sebagai rantau yang pesat membangun, ASEAN perlu memperkukuh jaringan perdagangan dan pelaburan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi terus mampan serta inklusif,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada makan malam Bloomberg Business Summit yang diadakan sempena hari pertama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, malam tadi.

Menurut beliau, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan akan terus meneroka pasaran baharu dan memperkukuh hubungan dengan ekonomi utama dunia.

“Malaysia komited untuk memastikan pertumbuhan dan pelaburan berterusan melalui kerjasama strategik dengan rakan serantau dan global,” tambahnya.

Majlis tersebut menghimpunkan tokoh perniagaan dan kewangan serantau bagi membincangkan hala tuju ekonomi dan peluang pelaburan di Asia Tenggara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button