BISNES & EKONOMI

Antos Pinnacles perkukuh operasi global menerusi AI, teknologi kewangan

LABUAN – Kumpulan kewangan global, Antos Pinnacles terus memperkukuh kedudukannya di pasaran antarabangsa menerusi pengembangan operasi di beberapa pusat kewangan utama dunia termasuk Labuan, St. Vincent and the Grenadines, Seychelles dan Hong Kong.

Langkah itu dilihat sebagai strategi jangka panjang syarikat untuk menawarkan perkhidmatan kewangan berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta perancangan aset strategik kepada pelabur global.

 

antos
Antos Pinnacles memberi penekanan kepada penggunaan AI, analitik data dan infrastruktur perdagangan moden dalam semua operasinya.

Antos Pinnacles dalam kenyataan memaklumkan, entiti kumpulan yang berpangkalan di Labuan itu dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) di bawah kategori Straight Through Processing (STP).

Menurut kenyataan itu, setiap bidang kuasa memainkan peranan tersendiri dalam memperkukuh rangkaian operasi antarabangsa kumpulan tersebut.

“Labuan menyediakan asas operasi yang dikawal selia dan memperkukuh aspek pematuhan serta tadbir urus syarikat.

“St. Vincent and the Grenadines serta Seychelles pula membantu memperluaskan capaian pelanggan global dengan penawaran instrumen dan perkhidmatan kewangan yang lebih pelbagai,” katanya.

Sementara itu, Hong Kong dijadikan hab utama fintech syarikat berikutan kedudukannya sebagai antara pusat teknologi kewangan terkemuka Asia.

Menurut jurucakap Antos Pinnacles, kehadiran di pelbagai bidang kuasa bukan bertujuan mewujudkan kerumitan operasi, sebaliknya bagi memastikan syarikat berada lebih dekat dengan keperluan pelanggan global.

“Kami mahu berada di lokasi yang sesuai dengan keperluan pelanggan serta dalam rangka kerja yang tepat. Setiap pasaran memberi nilai dan keupayaan berbeza kepada kumpulan ini,” katanya.

Dalam masa sama, Antos Pinnacles turut memberi penekanan kepada penggunaan AI, analitik data dan infrastruktur perdagangan moden dalam semua operasinya.

“AI bukan sekadar alat sokongan, tetapi sebagai komponen penting dalam membantu pelanggan memahami maklumat pasaran, menilai risiko dan membuat keputusan kewangan dengan lebih berdisiplin,” katanya.

Kumpulan itu juga menyediakan pelbagai kemudahan berasaskan teknologi kepada pelanggan termasuk AI Technical Screener, Smart Score Analytics, laporan Economic Insight, Research Desk serta sesi siaran langsung pasaran bagi membantu meningkatkan literasi kewangan dan keupayaan analisis pelabur.

antos
Kepentingan pengurusan risiko dan perancangan aset jangka panjang dalam dunia pelaburan moden turut diutamakan syarikat tersebut. 

Malah, platform perdagangan MetaTrader 5 turut digunakan bagi menyediakan akses kepada instrumen kewangan global seperti forex, logam berharga, indeks dan CFD.

Selain teknologi, syarikat berkenaan turut menekankan kepentingan pengurusan risiko dan perancangan aset jangka panjang dalam dunia pelaburan moden.

“Kami percaya masa depan kewangan bukan hanya bergantung kepada kepantasan membuat keputusan, tetapi keupayaan memahami data, mengurus risiko dan membina strategi aset yang seimbang,” katanya.

Dalam pada itu, Antos Pinnacles turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan termasuk menyemak latar belakang syarikat, lesen serta rekod operasi.

Katanya, setiap pelaburan mempunyai risiko dan orang ramai tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan skim pulangan tinggi yang menjanjikan keuntungan cepat atau tidak munasabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button