Anggota tentera maut, seorang lagi hilang di Pulau Mataking
SEMPORNA – Seorang anggota tentera maut manakala seorang lagi dilaporkan hilang ketika melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking, semalam.
Dalam kenyataan hari ini, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memaklumkan insiden itu melibatkan dua anggota daripada Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD).
Mangsa yang maut dikenali sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian meskipun bantuan perubatan segera diberikan.
Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui sehingga kini.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pasukan sahabat.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada insiden lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” kata kenyataan itu.
Pihak ATM memberi jaminan sebarang perkembangan berhubung insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
