JENAYAH & MAHKAMAH

Aliff Syukri dilepas, dibebas tuduhan video sumbang ‘Kelepok Raya’

SEPANG – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang muzik raya berjudul Kelepok Raya tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Ahmad Fuad Othman selepas meneliti hujahan tambahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Aliff Syukri, 38, sebelum ini didakwa atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video berkenaan di akaun Instagram miliknya pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022 dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama, iaitu denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Kontroversi tercetus pada 2022 apabila muzik video berdurasi lebih lima minit itu memaparkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan Aidilfitri serta mengandungi elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Keputusan mahkamah hari ini sekali lagi mencetuskan perhatian ramai memandangkan isu tersebut pernah mengundang kecaman hebat masyarakat ketika ia ditularkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button