AGAMARENCANA

Wanita sumber kekuatan, tonggak keluarga

DALAM aspek fizikal, wanita dilihat lebih lemah berbanding lelaki. Namun, jiwa kaum Hawa hakikatnya jauh lebih kuat daripada kaum Adam.

Perkara ini ditegaskan Da’i Izzhar Nazri ketika menyampaikan tazkirah bertajuk Wanita Hawa, Perniagaan dan Ramadan di Wisma Yayasan PEKEMA, Cyberjaya malam tadi.

“Sebagai wanita, peranan mereka tidak terbatas kepada keluarga sahaja, tetapi juga dalam dunia perniagaan.

Da’i Izzhar menyampaikan tazkirah mengenai keistimewaan golongan wanita yang tinggi martabatnya di sisi Islam.

“Keupayaan mereka dalam multi-tasking sudah terbukti, sehinggakan boleh diibaratkan seperti sebuah komputer dengan 50 tab terbuka.

“Namun, dalam kesibukan ini, penting untuk wanita memahami bahawa mereka juga memerlukan rehat agar tidak ‘hang’ akibat terlalu banyak tanggungjawab yang dipikul,” jelas Da’i Izzhar sambil menekankan maksud rehat itu dengan solat.

Menurutnya terdapat perbezaan ketara antara lelaki dan wanita.

“Wanita dikurniakan kebolehan dalam melakukan pelbagai tugas serentak. Misalnya, mereka boleh menggoreng ikan, membasuh pinggan dan membalas mesej WhatsApp di grup pada masa yang sama.

“Walaupun secara fizikalnya lelaki lebih kuat, wanita memiliki kelebihan dari segi emosi dan ketahanan dalaman yang luar biasa,” katanya lagi.

Majlis ini dihadiri usahawan wanita yang merupakan ahli HAWA Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau turut membawakan kisah Siti Hajar ketika ditinggalkan Nabi Ibrahim AS di tanah yang tandus tanpa sebarang kehidupan.

Apabila ditanya sebanyak dua kali mengapa berbuat demikian, Nabi Ibrahim hanya diam tanpa memberi jawapan.

Lantas kemudian Siti Hajar pun berkata: “Adakah ini perintah Tuhanmu?”

Maka dijawab Nabi Ibrahim: “Ya.”

“Jika ini adalah perintah Tuhan, maka pergilah engkau kerana pasti Tuhan akan menjaga kami,” balas Siti Hajar penuh keyakinan.

Menurut Da’i Izzhar, secara logik dan fizikalnya memang wanita tidak sekuat lelaki kerana wanita itu kuatnya dari dalam.

Datuk Seri Dr. Zurainah Musa (tiga dari kanan) bersama beberapa ahli HAWA bergambar bersama Da’i Izzhar selepas majlis.

“Kekuatan wanita itu ada di hati untuknya terus membuat kebaikan dan memberi manfaat kepada keluarga.

“Justeru, apabila berpeluang memasuki bulan Ramadan, maka ibu-ibu perlu menghargainya dan merebut peluang ganjaran pahala besar yang Allah janjikan,” tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Biro Ekonomi HAWA Malaysia, Datuk Seri Dr. Zurainah Musa berkata, dalam dunia yang semakin mencabar ini, wanita tidak lagi terbatas kepada peranan tradisional di rumah sahaja.

“Alhamdulillah, dengan kesedaran yang semakin meningkat, ramai wanita kini menceburi bidang perniagaan dengan matlamat yang jelas dan niat yang baik.

Barisan tetamu kehormat tidak melepaskan peluang bergambar bersama kereta elekterik Dongfeng Box yang diedarkan oleh Pekema.

“Seperti yang ditekankan dalam tazkirah oleh para asatizah, wanita boleh berniaga dengan memasang tiga niat utama iaitu membantu keluarga, mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dan memastikan kecukupan makanan serta penjagaan untuk keluarga.

“Dengan niat yang betul, setiap usaha yang dilakukan mereka dalam membantu meningkatkan taraf hidup keluara akan menjadi sumber pahala dan keberkatan,” kata beliau.

Justeru, Zurainah turut mengingatkan semua wanita di luar sana agar tidak meragui keupayaan diri sendiri.

“Jangan sesekali berfikiran bahawa anda tidak mampu melangkah lebih jauh. Anda istimewa, anda boleh! Sedikit keyakinan diri adalah kunci utama untuk berjaya.

“Kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh adalah elemen yang amat penting dalam diri setiap individu.

Penganjuran program ini diharap menyuntik motivasi buat para wanita terutamanya ahli HAWA merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan kelak.

“Jadi, buat semua wanita di luar sana, percayalah pada diri sendiri. Peluang dan kejayaan sentiasa menanti bagi mereka yang berani mencuba.

“Semoga setiap langkah yang diambil menjadi satu perjuangan yang bermakna dan membawa keberkatan dalam kehidupan. Good luck, ladies!” ucap beliau.

Program majlis ilmu sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan itu dianjurkan oleh KNKV Group dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga (HAWA) dan penaja utama ialah Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).

Datuk SM Zulkifli menyampaikan cenderahati kepada Da’i Izzhar selaku penceramah jemputan pada majlis tersebut.

Tidak ketinggalan, pada program itu juga Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019, Ustazah Farhatul Fairuzh telah mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selepas tazkirah oleh Da’i Izzhar.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Pengarah Pembangunan Perniagaan, Central Auto Distributors Berhad, Datuk SM Zulkifli SM Amin dan ahli-ahli HAWA Selangor serta Wilayah Persekutuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button