
Umat Islam dinasihat berhati-hati keluar pandangan di media sosial – Dr. Nooh Gadut
KUALA LUMPUR – Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama İslam Malaysia (MKI) menyeru umat Islam dan semua kaum di negara ini agar bersikap ikhlas, bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam berbicara dalam mengeluarkan pandangan di media sosial.
Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Dr. Nooh Gadot berkata, ia merujuk kepada situasi semasa ketika ini, yang mana kebebasan bersuara di media sosial semakin disalahgunakan sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Dr. Nooh berkata, isu-isu perkauman dan agama merupakan antara perkara yang sering kali berbangkit di media sosial pada ketika ini.
Justeru, katanya, dalam mendepani perkara tersebut, umat Islam diharapkan dapat menjadikan platform di media sosial sebagai wadah terbaik dalam berbicara dan mengeluarkan pendapat serta dapat mengikut lunas-lunas ajaran Islam.
“la termasuk di dalam perkara yang boleh mencetuskan perpecahan, menganggu gugat keharmonian dan membawa kepada persengketaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Dr. Nooh berkata, sebagai umat Islam, mengutamakan akhlak yang baik dalam setiap percakapan mahupun penulisan termasuk di dalam media sosial adalah satu tuntutan agama dan Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan perihal akhlak.
Jelas beliau, menggunakan kata-kata yang dapat menyakiti sesama umat Islam, kaum-kaum yang lain atau menimbulkan kebencian adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang amat menekankan kepada perpaduan hubungan saling hormat-menghormati.
Selain itu, katanya, kempen Kalimah Toyyibah yang digagaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar sebelum ini adalah bertepatan dengan situasi semasa.
“Masyarakat perlu mengamalkan budi bahasa yang sopan, santun dan berhemah dalam pergaulan. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik insan yang beradab dan berbudi pekerti tinggi
“Mudah-mudahan setiap perkataan yang dilontarkan membawa manfaat kepada umat Islam dan kaum-kaum yang lain seluruhnya serta tidak memudaratkan keharmonian kehidupan bermasyarakat di negara kita yang diberkati ini,” katanya lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |