AGAMABERITA SEMASA

Tetaplah menjadi cahaya kecil yang bermakna

“PERNAHKAH kita berasa keberadaan kita di dunia ini tidak memberi makna? Atau kita melihat langit yang penuh bintang, lalu terdetik di hati: “Itulah bintang yang tak mampu aku jadi sepertinya.”

Dalam erti kata lain, kita sering berasa rendah diri dengan kekurangan dan kelemahan yang ada.

Melalui satu perkongsian di TikTok, Ustaz Dr. Amirul Isma mengingatkan semua melalui satu pesanan yang sangat bermakna.

“Walaupun bintang bersinar tinggi di langit, kegelapan di bumi tetap memerlukan cahaya daripada lilin yang kecil.

Tangkap layar video yang dikongsi Ustaz Dr Amirul Isma di laman TikTok.

“Jika engkau tidak mampu menjadi bintang di langit, jadilah pelita di dalam kegelapan,” katanya.

Pesanan beliau itu mengajarkan satu hakikat penting bahawa tidak semua orang perlu berada di puncak untuk memberi makna.

“Kadangkala, peranan kecil yang dimainkan dengan penuh keikhlasan jauh lebih besar impaknya berbanding kejayaan yang dikejar demi sanjungan manusia.

“Dalam dunia yang penuh kegelapan, walau sekecil mana pun cahaya, ia tetap membawa harapan,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi bintang yang memukau, tetapi setiap daripada kita mampu menjadi lilin yang memberikan cahaya.

Setiap manusia mampu menjadi lilin yang memberi cahaya buat mereka yang memerlukan.

“Ketika kita merasa diri kita tidak berharga, ingatlah bahawa Allah SWT mencipta setiap insan dengan tujuan yang unik.

“Tujuan itu tidak selalu tentang menjadi besar, tetapi tentang menjadi bermanfaat,” tegasnya.

Menjadi bermakna bukanlah tentang ukuran kejayaan yang kita capai, tetapi sejauh mana kita mampu memberi manfaat kepada kehidupan orang lain.

“Jangan pernah takut menjadi kecil asalkan kita menjadi cahaya yang menerangi jalan orang lain, keberadaan kita tetap memberi makna,” katanya.

Ini kerana cahaya kecil itu, walaupun sering dipandang remeh, adalah sumber harapan dan kekuatan bagi mereka yang berada dalam kegelapan.

Perkongsian beliau melalui akaun @amirulisma itu telah menerima lebih 42,000 tontonan.

Justeru, andai suatu hari kita merasa lemah dan tidak bererti, bangkitlah dengan kesedaran bahawa keikhlasan dalam peranan kecil kita adalah cahaya yang tak ternilai buat mereka yang memerlukannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button