AGAMARENCANA

Saintis temui bukti roh tinggalkan badan semasa kematian

LONDON – Sekumpulan saintis mendakwa berjaya menemui bukti luar biasa yang menunjukkan roh manusia meninggalkan badan selepas kematian.

Kajian terbaharu yang dijalankan itu mendapati terdapat aktiviti otak yang aneh dalam kalangan pesakit yang telah disahkan meninggal dunia secara klinikal.

Pakar bius dan profesor di Universiti Arizona, Dr. Stuart Hameroff berkata, kajian itu menggunakan sensor khas yang dipasang pada otak tujuh pesakit yang berada dalam keadaan paling kritikal.

Peralatan canggih tersebut merakam tekanan darah dan degupan jantung pesakit sebelum akhirnya berhenti sepenuhnya, memetik laporan UNILAD.

Keputusan kajian menunjukkan satu gelombang tenaga misteri dikesan melalui bacaan elektroensefalogram (EEG) selepas kematian pesakit.

“Mereka melihat semua aktiviti otak hilang dan kemudian muncul satu gelombang aktiviti walaupun tiada tekanan darah dan degupan jantung,” kata Hameroff kepada Project Unity.

Dr. Stuart Hameroff

Beliau berpendapat fenomena itu mungkin menandakan pengalaman hampir mati (NDE) atau kemungkinan roh meninggalkan tubuh.

“Kajian ini menunjukkan bahawa kesedaran mungkin merupakan satu proses tenaga yang sangat rendah,” tambahnya.

Hameroff juga menjelaskan bahawa fenomena tersebut berlaku dalam hampir 50 peratus pesakit yang diuji.

Bagaimanapun, para penyelidik menjelaskan bahawa kemungkinan juga ledakan tenaga yang dikesan itu berpunca daripada otak yang kekurangan oksigen.

 

Gambar hiasan

Dalam dokumentari Through the Wormhole yang disiarkan di saluran The Science Channel, Hameroff turut menyatakan bahawa maklumat kuantum dalam otak tidak boleh dimusnahkan dan akan tersebar ke alam semesta apabila seseorang meninggal dunia.

“Sekiranya pesakit dihidupkan semula, maklumat kuantum itu boleh kembali ke dalam otak dan pesakit mungkin mengalami pengalaman hampir mati.

“Namun, jika pesakit tidak dapat diselamatkan, ada kemungkinan maklumat kuantum itu kekal di luar tubuh sebagai roh,” katanya.

Kajian itu turut merumuskan bahawa kepercayaan terhadap ‘sesuatu’ yang berlaku ketika kematian memberi ketenangan kepada ahli keluarga pesakit yang berduka.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button