BERITA SEMASAAGAMA

Penempatan pegawai Jakim di jabatan kerajaan hanya tumpu hal ehwal Islam

PUTRAJAYA – Peranan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ditempatkan kementerian dan jabatan kerajaan adalah hanya tertumpu kepada hal ehwal Islam, kata Kementerian Perpaduan Negara.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara, pegawai Jakim tidak berperanan dalam perihal penggubalan dasar atau hala tuju di kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

“Pelantikan KADER JAKIM sejak tahun 2006 adalah berdasarkan perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui permohonan daripada kementerian, jabatan atau agensi kerajaan untuk melaksanakan fungsi hal ehwal Islam sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar telah bertemu dengan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) pada hari ini.

Pertemuan Menteri Perpaduan dan Menteri Agama dengan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) hari ini.

Pertemuan ini, bertujuan untuk membincangkan isu berkaitan penempatan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di jabatan kerajaan dan kementerian.

Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara berkata, ketika ini terdapat seramai 1,250 orang KADER Jakim dan tiada perjawatan baharu di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Pegawai ini hanya menjalankan fungsi perkhidmatan seperti Pembangunan Insan (Kemahiran Insaniah, Bimbingan Fardu Ain, dan Fardu Kifayah).

“Fungi lain adalah seperti keselamatan (kelas agama, pengukuhan qkidah, bendung fahaman/ ekstrimisme) dan pencegahan (bimbingan dan nasihat agama, kelas al-Quran dan fardu ain, psikospiritual Islam, pembangunan insaniah),” katanya.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, pertemuan pada hari ini telah menemui kata sepakat antara semua wakil dan pemimpin agama Islam dan selain Islam berhubung polemik penempatan pegawai Jakim.

“Kesemua pemimpin agama bersetuju agar akan memanfaatkan Biro Pengurusan Isu dan Mediasi dalam mencari solusi kepada isu, permasalahan atau polemik,” katanya.

Wakil Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST).

Sementara itu, Aaron memohon agar semua pemimpin dan wakil agama di negara ini, mengoptimumkan platform Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (JK HARMONI) khususnya Biro Pengurusan Isu dan Mediasi.

“Ia adalah bagi membincangkan perkara-perkara senstitif berhubung penganut agama agar ia dapat diselesaikan secara harmoni,” katanya.

Aaron berkata, setiap individu, tanpa mengira latar belakang agama, budaya atau kepercayaan harus memainkan peranan aktif dalam memastikan masyarakat kita aman dan sejahtera.

“Kita perlu memahami bahawa setiap agama mempunyai nilai-nilai dan ajaran yang luhur.

“Menghormati sensitiviti pelbagai agama bukan sahaja mencerminkan sifat kebersamaan kita, tetapi juga memperkukuh rasa saling menghormati dan memahami,” ujarnya.

Tambah Aaron, keharmonian tidak datang secara automatik kerana ia perlu dibina dengan kesabaran, empati, dan komunikasi yang baik.

“Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk terus mendidik diri dan masyarakat kita mengenai pelbagai agama dan budaya.

“Melalui pendidikan, kita dapat membina kesedaran yang lebih mendalam dan menghapuskan tanggapan negatif yang boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button