BERITA SEMASAAGAMA

Menteri Agama minta masjid, surau buat solat hajat doakan mangsa banjir

PUTRAJAYA – Masjid-masjid di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta untuk mengadakan Solat hajat pada malam ini dan juga esok selepas solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia adalah susulan bencana banjir yang sedang melanda beberapa buah negeri ketika ini.

Beliau berkata, masjid yang terlibat termasuk Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

“Pada masa sama, masjid-masjid dan surau-surau Jumaat di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk mengadakan Solat Hajat pada waktu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Mohd Na’im turut memohon jasa baik masjid dan surau di seluruh negara turut mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat seluruh mangsa yang terjejas.

Tambah Mohd Na’im, beliau turut memohon semua pihak agar sentiasa berhati-hati serta mematuhi arahan pihak berkuasa, selain mendoakan seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini.

“Penghargaan juga dizahirkan kepada para petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button