
Man Kulim ‘pergi’ kira-kira 2 minggu selepas pemergian ibunya
KULIM – Pempengaruh makanan terkenal, Man Kulim atau nama sebenarnya, Burhan Che Moktar meninggal dunia di kediamannya di sini petang tadi.
Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor.
“Dengan rasa penuh hiba dan rendah hati, kami ingin menyampaikan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Allahyarham Burhan Che Moktar @ Man Kulim yang telah kembali ke rahmatullah. Kehilangan ini sangat dirasai, namun kita percaya Allah SWT lebih menyayanginya.
“Mai kita sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Allahyarham Man Kulim, moga diampunkan segala dosa Dan ditempatkan bersama para solehin,” katanya.
Difahamkan Allahyarham demam dan lemah anggota badan sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu difahamkan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya di Kuala Muda, Kedah.
Berita pemergian Allahyarham turut mengejutkan ramai pihak selepas dia baru saja kehilangan ibunya kira-kira dua minggu lalu manakala ayahnya meninggal dunia pada 30 Oktober lalu.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |