AGAMABERITA SEMASA

Keputusan batal debat agama antara Saravanan, Zamri adalah tepat – Menteri Perpaduan

KUALA LUMPUR – Keputusan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama dengan pendakwah, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu adalah tindakan yang amat tepat.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaaron Ago Dagang berkata, keputusan itu adalah satu langkah positif bagi menjaga keamanan dan keharmonian dalam negara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

“Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Tapah, Datuk Seri Saravanan atas keputusan beliau untuk tidak meneruskan debat berkaitan agama.

“Keputusan Datuk Seri Saravanan adalah tindakan yang amat tepat dalam menjaga keharmonian dan perpaduan negara kita. Saya juga turut menghargai langkah dan usaha Zamri Vinoth yang menyambut baik perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Aaron berkata, keputusan itu juga mengingatkan semua tentang pentingnya untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan bangsa.

“Perpaduan bukan hanya sekadar slogan, tetapi harus diterjemahkan dalam tindakan dan sikap seharian kita. Prinsip Faham, Hormat, dan Terima menjadi asas yang penting dalam usaha ini,” ujar Aaron.

Aaron menambah, dengan mengambil pendekatan yang lebih inklusif dan mengamalkan prinsip faham, hormat, dan terima, rakyat Malaysia dapat membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Semoga keputusan ini dapat menjadi contoh teladan yang baik kepada kita semua untuk terus berusaha memperkukuhkan perpaduan dan saling menghormati antara satu sama lain,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button