AGAMA

Kasut kalimah Allah: Menteri Agama arah Jakim panggil individu terlibat

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk memanggil pihak yang berkaitan berhubung isu logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, individu yang berkaitan akan dipanggil esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki mendakwa kasut yang dibelinya memaparkan logo seakan kalimah Allah.

Pengguna Facebook, Mohd Haridz yang membeli sepasang kasut buat isterinya terkejut selepas mendapati terdapat seakan perkataan Allah pada tapak kasut berkenaan.

Tapak kasut yang didakwa seakan tertera kalimah Allah.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata,
semua pihak diminta untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya telah jelas membuat tindakan yang menghina agama Islam,” katanya.

Tambah Menteri Agama, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button