AgamaBerita SemasaLuar Negara

Jemaah haji Malaysia selamat tiba di Mekah

MEKAH – Jemaah haji kumpulan pertama seramai 282 orang selamat tiba di sini selepas enam hari berada di Madinah.

Menurut Tabung Haji, tujuh buah bas yang membawa jemaah daripada kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang di Hotel Abraj Al Janadiriyah, berhampiran Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah.

“Pengurusan TH dan Mashariq bersama Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman menyambut ketibaan para jemaah haji pada petang semalam.

“Satu lagi kumpulan jemaah haji iaitu kumpulan KT02 yang terdiri daripada 281 orang, dijangka tiba pada 8 malam ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

TH juga memaklumkan kesemua 563 jemaah haji ini dijadual akan dibawa menunaikan umrah secara berperingkat pada malam dan subuh nanti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button