
Jemaah haji Malaysia ke-10 meninggal dunia di Tanah Suci
MEKAH – Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci akibat serangan jantung semalam.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah Malaysia bagi musim haji 1446H/2025M kini mencecah 10 orang.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan rasmi.
Mangsa, Allahyarham Abdul Malek Sudin, 62, berasal dari Bedong, Kedah meninggal dunia pada pukul 4.31 petang semalam di Hospital King Abdullah, dipercayai akibat serangan jantung.
“Allahyarham merupakan jemaah haji di bawah KT068 dan menginap di Maktab 90A, bangunan Rehab Al-Janadriyah, bilik 228A.
“Waris beliau iaitu isterinya, Salina Mat Salim yang turut berada di Tanah Suci telah dimaklumkan dan urusan jenazah sedang diuruskan seperti biasa oleh pihak Tabung Haji,” kata Mohd Na’im.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |