AGAMABERITA SEMASA

Jangan gopoh hukumkan isu agama, tunggu penjelasan mufti – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Semua pihak dinasihatkan agar tidak terburu-buru mengeluarkan pandangan berkaitan hukum menunaikan ibadah haji semasa musim pilihan raya berbanding tanggungjawab mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hukum agama merupakan perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi dan perlu dirujuk kepada mufti.

Justeru itu, beliau berkata, adalah amat penting untuk masyarakat menjaga ketertiban dan tidak mencetuskan kekeliruan yang boleh mengganggu keharmonian apatah lagi melibatkan ibadah yang merupakan rukun Islam serta proses demokrasi penting bagi negara.

“Saya menyeru semua pihak agar bertenang dan memberi ruang kepada pihak mufti serta institusi berwibawa untuk memberikan pandangan dan penjelasan berdasarkan hukum syarak dan konteks semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan kenyataan Abdul Hadi yang menyebut kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadat haji atau umrah, ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kemenangan politik Islam tidak boleh ditangguhkan kerana ‘Islam mesti berkuasa dan memerintah sekali gus memimpin’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button