AGAMABERITA SEMASA

Jangan gadaikan ibadah haji dengan tindakan melulu – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia diingatkan agar tidak menggadaikan kesucian ibadah haji dengan tindakan melulu seperti menunaikan haji tanpa permit yang sah.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Na’im Mokhtar dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Poster menunjukkan peringatan penting kepada jemaah haji agar tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang kerajaan Arab Saudi.

Menurut beliau, semua bakal jemaah haji perlu mendapatkan permit rasmi melalui Lembaga Tabung Haji dan memastikan perjalanan ke tanah suci dilakukan mengikut saluran yang dibenarkan.

“Saya ingin ingatkan rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan haji untuk pastikan mengikut saluran sah dan dapatkan permit rasmi melalui Tabung Haji,” katanya dalam hantaran tersebut.

Tegas beliau, tindakan menunaikan haji tanpa permit atau menyalah guna visa lawatan bukan sahaja melanggar undang-undang Arab Saudi, malah boleh menyebabkan rakyat Malaysia dihukum.

“Antara risiko yang bakal dihadapi ialah didenda sehingga RM115,575, dihantar pulang dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi pada masa akan datang,” jelasnya.

Beliau juga menegaskan, ibadah yang suci seperti menunaikan haji tidak sepatutnya dicemari dengan pendekatan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.

“Patuhi peraturan demi keselamatan dan keberkatan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button