AGAMABERITA SEMASA

Jakim perkukuh kerjasama dengan pihak berkuasa tangani isu penghinaan Islam

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata, kerjasama itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri.

Beliau menegaskan mana-mana pihak menghina Islam akan dipanggil dan disiasat mengikut saluran undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Seperti mana proses siasatan dan pendakwaan kes penghinaan Islam sebelum ini, ia menunjukkan bahawa kepentingan awam diambil kira bagi menjaga keharmonian bernegara.

“Agensi di bawah seliaan Menteri di JPM Hal Ehwal Agama menyokong penuh penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan kerajaan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terbabit perbuatan menghina agama tanpa pilih kasih selaras peruntukan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im menambah, agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa konsisten memelihara kesucian agama Islam dan menjaga keharmonian dalam konteks kemajmukan masyarakat selaras Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam amat dikesali.

Justeru itu, jelasnya, semua pihak perlu menghormati undang-undang dan proses siasatan sedang dilakukan pihak berkuasa demi kepentingan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button