BERITA SEMASAAGAMA

Jakim diarah siasat video selawat tular

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan untuk menyediakan laporan berhubung video tular melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, perkara itu juga perlu dibawa kepada tindakan pihak berkuasa agama Islam iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Sebarang isu berkaitan ketaksuban melampau perlu ditangani dengan segera kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab yang didakwa mengandungi unsur ketaksuban.

Dalam pada itu, Mohd Na’im turut menggesa agensi hal ehwal Islam untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah.

“Agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) diminta untuk melipatgandakan usaha memberikan kefahaman kepada masyarakat berkaitan asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button