Armada Global Sumud Flotilla hampiri zon kuning, peserta mohon doa rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Armada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini telah meneruskan perjalanan dan semakin menghampiri zon kuning.
Berita itu dikongsikan PU Rahmat Ikhsan melalui hantaran di Facebook sebentar tadi.
“Armada Sumud Flotilla sudah meneruskan perjalanan dan hampir menghampiri zon kuning. Perjalanan terakhir yang tiada perhentian sehinggalah sampai ke pelabuhan Gaza dengan izin Allah,” tulis admin Dai Syabab melalui akaun Rahmat Sumud Nusantara.
Menurut kenyataan itu lagi, selepas memasuki zon kuning dan seterusnya zon merah, kemungkinan besar sukar untuk mendapatkan kemas kini semasa daripada PU Rahmat.
Oleh itu, orang ramai diminta terus memantau perjalanan armada dan bersedia menerima arahan kecemasan jika diperlukan.

“Kali ini kita kena pantas untuk berkongsi dan sebarluaskan segala aktiviti Global Sumud Flotilla serta pastikan ia dari sumber yg sahih.
“Hasbunallah wanikmal wakeel. Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pelindung. Teruskan berdoa dan bermunajat,” katanya.
Admin turut menyediakan pautan tracker https://magic.mapim.dev/sumudnusantara di ruangan komen bagi membolehkan orang ramai mengikuti pergerakan kapal armada secara langsung.
Misi itu adalah sebahagian daripada usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang menuntut ketabahan peserta menghadapi cabaran laut dan risiko keselamatan.
Ia bagaimanapun mendapat sokongan moral dan doa dari seluruh lapisan masyarakat dan rakyat Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








