Aaron Chia-Soh Wooi Yik juarai beregu lelaki Terbuka Thailand
BANGKOK – Meskipun dipaksa bermandi peluh, gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya memastikan kejuaraan beregu lelaki Terbuka Thailand menjadi milik Malaysia.
Pasangan nombor lima dunia itu terpaksa mengharungi pertarungan sengit ketika dalam perlawanan akhir bertemu gandingan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer.
Berlangsung dalam tiga set, pasangan negara berjaya menang 20-22, 21-17, 21-12 pada aksi final di Stadium Nimibutr, Bangkok, hari ini.
Sebagai juara, Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191).
Kejayaan itu adalah gelaran kedua mereka musim ini selepas turut menjuarai Kejohanan Badminton Asia 2025 di Ningbo, China bulan lalu.
Terdahulu, pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi gandingan wanita pertama negara menjuarai Terbuka Thailand, selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Jeung Na Eun-Lee Yeon Woo 21-16, 21-17 dalam aksi final yang berlangsung selama 58 minit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








