Hiburan

ASA 2024: Bahlol bolot 3 hadiah utama termasuk Drama TV Terbaik

PUTRAJAYA – Drama Bahalol terbitan TV Okey yang memaparkan kisah mengenai pesakit autism diangkat sebagai Drama TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024 yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Selain itu, drama yang diarahkan oleh Azrai Fahmi itu turut membolot dua hadiah utama lain dan menerima hadiah tambahan berupa insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000, wang tunai RM5,000 dan trofi.

Selain itu, ganjaran Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM150,000 dianugerahkan kepada Chong Boon Yee selepas naskhah garapannya, Taste of Memory Season 2 siaran 8TV diangkat Dokumentari Terbaik.

ASA 2024 menyaksikan pelakon Sobri Anuar menjulang trofi Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Bahalol, manakala pelakon veteran, Liza Othman yang menunjukkan lakonan cemerlang dalam drama sama memenangi trofi Pelakon Wanita Drama TV Terbaik.

Fahmi Fadzil menyampaikan trofi Tokoh Seri Angkasa kepada Othman Hafsham pada malam kemuncak ASA 2024 di PICC.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama Terbaik, trofi dimenangi Que Haidar menerusi drama Lebai Sampan, manakala lakonan mantap aktres ‘senior’, Aida Aris dalam drama siaran TV3 berjudul Dania melayakkan dirinya memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik.

ASA 2024 melibatkan 124 pencalonan dalam 60 kategori (40 kategori TV, 16 kategori Radio dan 4 kategori Media Baharu) yang dipertandingkan selain turut menyediakan dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2024.

Pemenang bagi setiap 60 kategori yang dipertandingkan menerima wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi.

Penganjuran anugerah kali ini menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat 26 kemenangan iaitu 11 kategori TV, 14 kategori Radio dan 1 kategori Media Baharu.

Berikut adalah senarai kategori dan nama pemenang mewakili RTM:
Kategori TV:
1.Drama TV Terbaik
Azrai Fahmi (Bahalol – Okey)
2.Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
Sobri Anuar (Bahalol – Okey)
3.Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
Liza Othman (Bahalol – Okey)
4.Pelakon Komedi TV Terbaik
Aishah Azman (Jodoh Ayahku – TV1)
5.Hiburan Muzikal TV Terbaik
Rashidah Ali (Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022 – TV2)
6.Rancangan Sukan TV Terbaik
Fariz Zulkepley (Jom Dive EP.1 – Okey)
7.Montaj TV Terbaik
Arif Abdul Rahman (Salam Baitullah 2023 – Berita RTM)
8.Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik
Abdul Hadi Abdul Rahim (Malam Penutup MTHQA 2023 – TV1)
9.Penyampai Berita TV Terbaik
Hazel Desmond (Berita Perdana – TV1)
10.Penataan Cahaya TV Terbaik
Ruddy Amrizal (Pasir Puteh Mantanani – TV1)
11.Tatarias TV Terbaik
Azham Azli Yaacob (Pasir Puteh Mantanani – TV1)

KATEGORI RADIO:
1.Drama Radio Terbaik
AG Sri Iskandar (Sepanduk Ayah – SABAHfm)
2.Skrip Drama Radio Terbaik
Noor Idlah Abdul Halim (Rumah Merdeka – SELANGORfm)
3.Pelakon Drama Radio Terbaik
Datuk Fauziah Nawi (Drama Lima Beradik – TERENGGANUfm)
4.Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik
Beto Kusyairi (Drama Lima Beradik – TERENGGANUfm)
5.Dokumentari Radio Terbaik
Azrul Izwan Arifin (Evolving Unity – TRAXXfm)
6.Bicarawara Radio Terbaik
Rohani Hamdan (Nostalgia D’Klasik: Dato’ Hajah Rosnani Jamil – Radio Klasik)
7.Hiburan Radio Terbaik
Liang Kim Loong (Melodi Nostalgia: Tribute P.Ramlee – AIfm)
8. PSA dan KAPSUL Radio Terbaik
Norhaslinda Hassim (Solidariti Palestin – JOHORfm)
9.Penyampai Radio Lelaki Terbaik
Muhammad Amir Akram Muhamad (on-air: DJ KID) Retro Malam Minggu – KELANTANfm
10.Penyampai Radio Wanita Terbaik
Syuhada Balqis Juhali (on-air: DJ Cik Kiss) Hello Permata – JOHORfm
11.Penyampai Berita Radio Terbaik
Peter Carlos (Berita Bahasa Inggeris – TRAXXfm)
12.Buletin Radio Terbaik
Karmila Badri (Berita Inggeris – TRAXXfm)
13.Liputan Berita Radio Terbaik
Dullis Saimon (Pemasangan Peranti Starlink – KENINGAUfm)
14.Pengimbangan Audio Radio Terbaik
Mohd Faizal Mohd Amin (Majlis Penutup Program Aspirasi Hari Malaysia – NEGERIfm)

KATEGORI MEDIA BAHARU
1.Kandungan Video Terbaik
Farihah Abdullah (Eyo Hock Seng: Legasi Seni Wayang Kulit Kelantan)

Show More

Related Articles

Back to top button